jump to navigation

Pulanglah November 9, 2007

Posted by nautilusiv in Uncategorized.
trackback

Malam ini tunangku akan pulang ke kampung halamannya. Bas jam 9 malam. Bukan ke Jerteh seperti iasa tetapi hanya ke Lipis. Dari Lipis dia akan bersama kakaknya memandu ke Jerteh.

Aku sudah jadualkan akan berada di UKM malam ini. Dia, kemudian, mengSMSku.

“Salam.. nk tanya.. r u coming here utk hanta saya?”

Langsung, aku menjadi serba salah. Sebelum ini aku tawarkan diri untuk menghantarnya ke Lipis, dia menolak. Bukan sekali pelawaku. Dia tetap menolak. Tak mahu menyusahkan. Di dalam hatinya, tidaklah aku ketahui.

” Sorry sayang..Dah janji nak ke UKM jumpa Ijoi.. Sorry :(

Kadang kadang aku tidak mengerti. Bagaimana perasaan seorang wanita dan bagaimana mekanisma pemikirannya.

Dalam kes ini misalnya. Maaf sayang kerana aku hanya mencetuskan nukilan ini untuk renungan kita bersama.

Dia tidak mahu aku menghantarnya ke Lipis kerana akan menyusahkanku dari segi masa dan minyak pergi dan balik. Kemudian, dia bertanya sama ada aku akan ke sana untuk menghantarnya ke stesen bas. Aku bingung. Jika aku ke sana, bukankah lebih baik kalau aku langsungkan terus menghantarnya ke Lipis? Masa juga sudah hampir sama begitu juga tambang bas ke KB yang lebih kurang kos minyak kereta ke Lipis. Hmm.. Aku bertambah bingung. Bingung itu satu perkara. Yang lainnya, adalah serba salah. Aku juga sudah aturkan hari ini dan esok memandangkan aku sudah pasti yang dia tidak berada di sini. Minggu biasa, aku luangkan kosong kalau ada aktiviti bersama. Itu pun kalau kewangan mengizinkan, yang biasanya tidak.

Lagi sekali aku berharap ada bantuan SMS. Hahaha.. Sila hantar Yes atau No ke 1-800- TAK TAHU.

Kepada tunang tercinta, pulanglah. Ibubapamu akan berangkat pergi tidak berapa la lagi. Kita doakan mereka semua selamat pergi dan selamat pulang serta beroleh haji yang mabrur. Dan doaku jua untukmu agar selamat perjalanan pergi dan selamat jua pulang ke ibukota.

Maaf.

Advertisement

Comments»

1. narodela - November 14, 2007

itulah adat sebelum berkahwin. masih belum memahami kehendak memasing. bila dah kahwin lain lah sikit ceritanya.. errr.. apa beza hah? bila dah kawin kita boleh tgk/agak jadual masing2….bila ada anak2, masing2 akan dulukan anak.. so.. point utk salah paham berkurangan… tapi kalau dapat jenis yg tak reti bahasa..uh.. maap lah.. kalau dah dapat calon yg baik… segerakanlah.. moga2 dapat dihangatkan lagi cinta selepas kawin.. :D

2. narodela - November 14, 2007

uh, asyik den jer dok response.. uh.. i’d better stop.. ;D

3. nautilusiv - November 15, 2007

1. buat pengetahuan, banyak bahasa yang saya tak tahu
2. orang lain tak rajin membaca.

4. TerunaIdaman - November 15, 2007

Perubahan peringkat:
1.berkawan dan bercinta: masa tue tak kesah pasal kos, masa dan semuanya.
2. Bertunang : sume nak amik kira..

kalo saya salah tolong betulkan …saya budak baru belaja

5. nautilusiv - November 16, 2007

Teruna Idaman: Terpulang.. pandangan orang lain kekadang sukar di ubah walau di datangkan bukti di depan mata.. :)

6. TerunaIdaman - November 16, 2007

Pandanglah dengan mata hati


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.